,
|

Harijadi Isteriku

Tiap-tiap tahun, aku tak pernah lupa untuk buat surprise untuj isteriku pada harijadinya dan aku sentiasa cuba untuk buat kelainan setiap tahun. Tahun ini, merupakan surprise pertama untuk isteriku yg kulibatkan anak-anak sekali.

Maka pada Khamis malam, aku dan anak-anak merancang untuk buat surprise pada isteriku sempena harijadinya yang jatuh pada hari berikutnya Jumaat 17 Januari. Kebetulan, isteriku ada appoinment dengan client businessnya pada malam tersebut.

Maka ini memudahkan rancangan kami. Selepas isteriku keluar rumah, kami terus menaiki keretaku dan pergi ke Secret Recipe terdekat untuk membeli kek kegemaran isteriku, Chocolate Indulgence. Selepas membelinya, kami balik dan mula bincangkan rancangan untuk cara-cara mengejutkan isteriku.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hingga selepas isteriku masuk rumah dan membuka lampu. Kemudian kami keluar dari bilik dengan kek tadi sambil kami nyanyikan lagu Happy Birthday. Isteriku sangat terharu dan secara tidak langsung, menitiskan air matanya. Sekian kisah surprise birthday buat isteriku tahun ini.

HAPPY BIRTHDAY ISTERIKU, SURAYA NADZRAH!

0 comments:

Post a Comment